SELAMAT DATANG KE BLOG PIBG SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH, BATU BELAH KLANG

Friday, February 27, 2009

Lawatan Promosi Karnival Amal Mesra ke 9 daerah di Selangor

Posted by karnival Amal Mesra at 5:29 AM 0 comments
Lawatan Promosi Karnival Amal Mesra ke 9 daerah di Selangor
Tarikh:23 februari 2009
Lawatan di ketua oleh Pengerusi PIBG En. Samary dan dua orang AJK PIBG iaitu Ustaz Mohd.Dom dan En. Zul Hadi.

Sempena penganjuran Karnival Amal Mesra SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah ini pihak AJK Karnival telah mengambil langkah proaktif dengan membuat kunjungan kesemua Pejabat Agama Islam Daerah JAIS Unit Pendidikan di setiap daerah di Selangor. Kunjungan ini di adakan bagi tujuan promosi Karnival ini dengan membuat hebahan dari ke setiap daerah. Flyers dan pamphalets turut di serahkan untuk edaran ke setiap Sekolah aliran agama di bawah pentabiran JAIS.

Disamping itu nazir setiap daerah diberi penerangan terperinci mengenai Karnival Amal Mesra yang akan di jalankan dan tujuan ianya diadakan untuk mengumpul dana bagi memperbaiki dan menambah pasarana infrastruktur sekolah

Alhamdulillah.., setiap nazir yang kami temui memahami konsep yang yang di rancang dan memberi sokongan penuh dan mengucap syabas di atas usaha murni ini. Konsep tolong-menolong di antara sekolah-sekolah agama tak kira dari SRAI,SRA dan KAFA mampu meringankan beban bagi apa jua keperluan semasa sekolah.



PAID pertama kami singgahi adalah PAID Kuala Langat

Bersama Nazir Daerah Sepang

Surat jemputan untuk setiap sekolah Agama di serahkan kepada wakil nazir Daerah Kajang

Penyerahan surat jemputan untuk sekolah-sekolah agama Daerah Gombak

Ustaz Mohd.Dom menyerahkan surat untuk sekolah-sekolah agama Daerah Hulu Selangor

Penyerahan surat untuk sekolah-sekolah Agama Daearah Kuala Selangor

Wednesday, February 25, 2009

Tujuan Karnival Amal Mesra

Posted by karnival Amal Mesra at 5:29 AM 0 comments
PENGENALAN PROGRAM

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pembangunan sekolah dan meningkatkan

kecemerlangan modal insan. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berdaya saing dalam semua aspek termasuk sahsiah lisaniah mahupun ilmiah fi kulli zaman khususnya di SRAI TAF ini. Pelbagai aktiviti dan agenda telah dan akan dirancangkan begi mencapai matlamat ini.

Penganjuran program ini buat julung kalinya merupakan suatu konsep atau pendekatan yang mampu memberi peluang kepada warga SRAI TAF mengenali, mendekati dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling, merapatkan hubungan antara masyarakat dan institusi pendidikan, mewujudkan interaksi dan kemuafakatan antara warga sekolah dengan agensi kerajaan, badan swasta, pemimpin masyarakat, mengadaptasi pendekatan yang berteraskan ISLAM itu indah dan mengeratkan Ukhuwah ISLAMIAH tanpa mengira pangkat dan kedudukan.


OBJEKTIF

Objektif utama program Hari Terbuka dan Malam Amal SRAI TAF adalah untuk mengumpul dana PIBG demi meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan, menambahbaikan prasarana sekolah, memperkasa pembangunan modal insan (pelajar dan guru)

KONSEP

Antara intipati program ini adalah

Hari Terbuka Sekolah :-

Pusat pameran, gerai jualan, kaunter bayaran saman trafik (separuh harga), Majlis Perbandaran Klang, derma darah, teknologi, promosi produk barangan bumiputera, persembahan kokurikulum daripada pelajar , pameran hasil kreativiti pelajar, Jualan Amal dan lain-lain.

Malam Amal :-

Makan malam sambil beramal (jualan meja dan tiket), berhibur bersama kumpulan nasyid In Team. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Exco kerajaan negeri Selangor YB Dr Hjh Halimah Bt. Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. ADUN N42 Meru, YB Tuan Dr Abdul Rani bin Osman serta beberapa tetamu kehormat yang lain. Majlis diselang-seli dengan acara cabutan bertuah (motosikal, basikal, peti sejuk, mesin basuh, hamper dan lain-lain).

SASARAN DANA

Pihak PIBG SRAI TAF telah mensasarkan dana melalui:-

Penjualan tapak-tapak jualan/pameran iaitu berharga RM50.00 setiap satu

Penjualan meja berharga

ØVVIP berharga RM5,000.00 setiap satu

VIP berharga RM 3,000.00 setiap satu

biasa berharga RM1,000.00 setiap satu

Sumbangan dan penajaan daripada syarikat-syarikat swasta serta dermawan.

Tiket konsert nasyid In Team sebanyak RM 12.00 (dewasa) dan RM8.00 (kanak-kanak) setiap seorang.

Kutipan dari acara ‘jualan amal’.

Derma ikhlas daripada pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.

PENUTUP

Harapan kami semoga program yang julung kali diadakan ini akan memberi impak yang besar kepada peningkatan pengumpulan dana PIGB Srai Tengku Ampuan Fatimah. Hasil kutipan dana ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk menjalankan penambahbaikan seperti apa yang dirancangkan. Senarai dibawah menyenaraikan perkara yanga akan dijalankan oleh pihak PIBG.

FASILITI YANG DIPERLUKAN OLEH SEKOLAH

PERKARA

ANGGARAN BAJET

Tempat menunggu berbumbung

RM 20 000

Susur gajah

RM 10 000

Kelengkapan Pusat Sumber

RM 50 000

Laluan penghubung antara bangunan ( Blok B dan C)

RM 40 000

Program Bina Insan

- Murid

- Guru

RM 20 000

RM 30 000

JUMLAH

RM 170 000

Segala sumbangan yang diterima kami amat menghargai, semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan yang telah disalurkan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun PIBG seperti dibawah:-

NAMA AKAUN

NO. AKAUN

PIBG SRA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH

12010010074791


PIBG SRAI TAF BB

Posted by karnival Amal Mesra at 2:16 AM 1 comments
welcome
 

PIBG SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez