Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pembangunan sekolah dan meningkatkan
kecemerlangan modal insan. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berdaya saing dalam semua aspek termasuk sahsiah lisaniah mahupun ilmiah fi kulli zaman khususnya di SRAI TAF ini. Pelbagai aktiviti dan agenda telah dan akan dirancangkan begi mencapai matlamat ini.
Penganjuran program ini buat julung kalinya merupakan suatu konsep atau pendekatan yang mampu memberi peluang kepada warga SRAI TAF mengenali, mendekati dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling, merapatkan hubungan antara masyarakat dan institusi pendidikan, mewujudkan interaksi dan kemuafakatan antara warga sekolah dengan agensi kerajaan, badan swasta, pemimpin masyarakat, mengadaptasi pendekatan yang berteraskan ISLAM itu indah dan mengeratkan Ukhuwah ISLAMIAH tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
OBJEKTIF
Objektif utama program Hari Terbuka dan Malam Amal SRAI TAF adalah untuk mengumpul dana PIBG demi meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan, menambahbaikan prasarana sekolah, memperkasa pembangunan modal insan (pelajar dan guru)
KONSEP
Antara intipati program ini adalah
Hari Terbuka Sekolah :-
Pusat pameran, gerai jualan, kaunter bayaran saman trafik (separuh harga), Majlis Perbandaran Klang, derma darah, teknologi, promosi produk barangan bumiputera, persembahan kokurikulum daripada pelajar , pameran hasil kreativiti pelajar, Jualan Amal dan lain-lain.
Malam Amal :-
Makan malam sambil beramal (jualan meja dan tiket), berhibur bersama kumpulan nasyid In Team. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Exco kerajaan negeri Selangor YB Dr Hjh Halimah Bt. Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. ADUN N42 Meru, YB Tuan Dr Abdul Rani bin Osman serta beberapa tetamu kehormat yang lain. Majlis diselang-seli dengan acara cabutan bertuah (motosikal, basikal, peti sejuk, mesin basuh, hamper dan lain-lain).
SASARAN DANA
Pihak PIBG SRAI TAF telah mensasarkan dana melalui:-
Penjualan tapak-tapak jualan/pameran iaitu berharga RM50.00 setiap satu
Penjualan meja berharga
ØVVIP berharga RM5,000.00 setiap satu
VIP berharga RM 3,000.00 setiap satu
biasa berharga RM1,000.00 setiap satu
Sumbangan dan penajaan daripada syarikat-syarikat swasta serta dermawan.
Tiket konsert nasyid In Team sebanyak RM 12.00 (dewasa) dan RM8.00 (kanak-kanak) setiap seorang.
Kutipan dari acara ‘jualan amal’.
Derma ikhlas daripada pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.
PENUTUP
Harapan kami semoga program yang julung kali diadakan ini akan memberi impak yang besar kepada peningkatan pengumpulan dana PIGB Srai Tengku Ampuan Fatimah. Hasil kutipan dana ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk menjalankan penambahbaikan seperti apa yang dirancangkan. Senarai dibawah menyenaraikan perkara yanga akan dijalankan oleh pihak PIBG.
FASILITI YANG DIPERLUKAN OLEH SEKOLAH
PERKARA | ANGGARAN BAJET |
Tempat menunggu berbumbung | RM 20 000 |
Susur gajah | RM 10 000 |
Kelengkapan Pusat Sumber | RM 50 000 |
Laluan penghubung antara bangunan ( Blok B dan C) | RM 40 000 |
Program Bina Insan - Murid - Guru | RM 20 000 RM 30 000 |
JUMLAH | RM 170 000 |
Segala sumbangan yang diterima kami amat menghargai, semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan yang telah disalurkan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun PIBG seperti dibawah:-
NAMA AKAUN | NO. AKAUN |
PIBG SRA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH | 12010010074791 |
0 comments on "Tujuan Karnival Amal Mesra"
Post a Comment