SELAMAT DATANG KE BLOG PIBG SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH, BATU BELAH KLANG

Thursday, April 30, 2009

Salah Faham Fungsi PIBG

Posted by karnival Amal Mesra at 4:04 AM 0 comments
Kebanyakan kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Namun masih ramai antara kita yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG ini. Akibat tidak faham fungsi PIBG ini maka ada kalanya PIBG dijadikan medan perdebatan di kalangan ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi akademik dan moral anak-anak jagaan kita.

Justeru itu demi kebaikan anak-anak jagaan kita (Ibu Bapa) dan anak-anak didikan kita (Guru) adalah diharapkan semua ahli PIBG memahami matlamat asal penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam suasana yang penuh harmoni.

Berikut adalah sebahagian dari pekara asas yang perlu difahami oleh semua ahli PIBG dari segi fungsi dan batasan kuasa :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

MATLAMAT PIBG

1. Maksud PIBG ialah :
a) Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya
d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

BATASAN
PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

PIBG tidak boleh melibatkan dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan profesyen dan syarat-syarat perkhidmatan para guru sekolah berkenaan.

PIBG tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mekanisma atau instrumen bagi tujuan menyelesaikan masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan diantara dirinya dengan Pengetua/Guru Besar atau staf sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak membabitkan persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

posting asal: http://waghih.blogspot.com

Sumber Rujukan :
http://www.semukhsin.edu.my/pibg-rpc.htm
http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_105_3883_735.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~istilah/perlembagaan.htm

Thursday, April 23, 2009

Majlis Permuafakatan IbuBapa dan Pelancaran Program Mentor-Mentee

Posted by karnival Amal Mesra at 7:34 AM 0 comments
Seperti yang dinyatakan di dalam surat dari PIBG SRAI TAF yang telah pun diedarkan ke ibu bapa melalui anak masing-masing, di ketetapan berikut :

Majlis Permuafakatan IbuBapa dan Pelancaran Program Mentor-Mentee

Tarikh: 25 April 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang

Matlamat Utama Program ini adalah :

i) Menjalin hubungan dan persefahaman yang erat antara PIBG dan ibu bapa/penjaga
ii) Mewujudkan suasana permuafakatan antara PIBG dan ibu bapa/penjaga
iii) Berkongsi maklumat tentang rancangan program PIBG bagi tahun 2009
iv) Melancarkan program baru iaitu Program Mentor-mentee di kalangan ibu bapa bersama murid-murid tahun 6 ( membantu meningkatkan kecemerlangan akademik)
v) Taklimat ringkas pasca Karnival Amal Mesra SRAITAF yang lalu

Oleh itu kehadiran ibu bapa/penjaga amat lah di tuntut bagi menjayakan program ini. Semoga dengan kehadiran ibu bapa program yang di rancang dapat dijalankan dengan jayanya.

Masa depan anak-anak kita begitu berharga dan ibu bapa adalah pendokongnya. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberi rahmat dan permudahkan segala urusan yang telah di rancang.

Segala keperihatinan dan kerjasama yang padu daripada pihak ibu bapa amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Nota: Kehadiran murid-murid tahun 6 dalam Program Mentor Mentee adalah diwajibkan. Sekiranya tidak hadir, sila berikan surat tunjuk sebab kepada guru kelas.

Monday, April 6, 2009

Rally untuk melengkapkan prasarana Sekolah

Posted by karnival Amal Mesra at 5:40 PM 0 comments


Alhamdulliah, Tahniah diucapkan kepada semua AJK Karnival Amal Mesra PIBG SRAI TAF Batu Belah yang telah menganjurkan program ini dengan dengan jayanya. Tak kira dari ibubapa ataupun dari guru-guru tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tuan-puan projek ini tak mungkin menjadi begitu hebat yang telah terbukti pada 28 Mac 2009 yang lalu. Segala kerisauan dan debaran terjawap dengan senyum lebar apabila melihat pengunjung yang tak putus-putus datang memberi sokongan kepada Karnival ini.

Walaubagaimana pun matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul dana PIBG bagi melaksanakan beberapa projek yang telah di rancang belum tercapai sepenuhnya. Hasil dari sumbangan ibubapa, kupon belian, tiket konsert inteam, jualan ruangan iklan dan sumbangan dari penaja meja makan malam serta sumbangan individu masih jauh dibawah sasaran yang ditetapkan.

Hanya 10% berjaya dikumpulkan setakat ini bagi sumbangan dari ibubapa RM100.00 bagi setiap orang murid bagi tujuan penyediaan locker bagi setiap murid di setiap kelas. Oleh itu sumbangan masih lagi dibuka dan ibubapa di rayu menghulurkan sumbangan untuk melihat projek ini dapat di lakasanakan dengan segera. Penyediaan locker bagi setiap murid ini adalah bertujuan meringankan bag-bag sekolah yang digalas anak-anak kita setiap hari. Dengan adanya kemudahan locker ini buku-buku teks pinjaman tak perlu dibawa pergi-balik setiap hari. Hanya buku-buku latihan sahaja yang dibawa pulang kerumah untuk menyiapkan kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran. Untuk makluman ibubapa penyediaan kemudahan locker untuk kegunaan murid-murid telah pun di laksanakan oleh SRAI seksyen 19 Shah Alam. Dimana kos penyediaannya di cari sendiri oleh PIBG.

Niatlah sumbangan ini sebagai sedekah dari tuan-puan untuk kebaikan anak-anak kita dan juga kebaikan anak-anak bangsa kita yang akan bersekolah pada masa akan datang. Setelah anak-anak kita tidak bersekolah di sini lagi kemudahan ini boleh digunakan oleh anak-anak kawan, jiran dan anak umat islam yang lain yang akan bersekolah di sini.

Sebenarnya SRAI Tengku Ampuan Fatimah banyak kekurangannya. Jika dilihat luarnya memanglah ia kelihatan gah dan cantik. Namun kemudahan untuk murid-murid belajar masing ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah kebangsaan bantuan penuh kerajaan. Perpustakaan yang di perlu di isi dengan buku-buku rujukan, makmal komputer yang kekurangan komputer. Setakat ini hanya terdapat 20 buah komputer yang diusahakan oleh AJK PIBG bagi kegunaan 40 orang murid untuk satu kelas. Anak-anak kita terpaksa berkongsi komputer untuk belajar.

Begitu juga dengan kemudahan padang yang kecil dan tak sempurna untuk anak-anak kita melakukan aktiviti kokurikulom dan bangunan surau. Surau sedia ada ditempatkan dibahagian bawah Blok B dan C tidak praktikal dan selesa.





Di Bawah ini saya ringkaskan keperluan sekolah yang perlu kita fikirkan bersama untuk keselesaan anak-anak kita belajar.
1) Makmal Komputer( kekurangan komputer)
2) Bangunan Surau
3) Padang permainan
4) Perpustakaan( buku tidak mencukupi)
5) Susur Pejalan kaki berbumbung
6) Tempat menunggu bas
7) Penghubung Blok B dan C
8) Pondok rehat murid-murid ( Keselesaan belajar di luar kelas)
9) Peralatan sukan

Akhir kata jika kita bekerjasama, pekara di atas dapat kita laksanakan dengan mudah dan kemudahan ini dapat digunakan oleh generasi yang akan datang. Secara tak langsung usaha kita ini akan meringankan beban bakal ibubapa yang akan menyekolahkan anak-anak mereka di sini.

Jika kita ingin melihat sekolah ini unggul dari segi akedemiknya mari kita kita mulakan dengan menampilkan keunggulan ibubapanya. Harus diingat kita ini hanyalah pewaris-pewaris yang satu hari nanti anak-anak kita yang mewarisinya dari kita. Marilah kita sama-sama mewariskan sesuatu yang dapat kita banggakan untuk dijaga oleh anak-anak kita suatu hari nanti.

Saya sedar tuan-puan akan berkata keturunan kita tak tentu lagi akan bersekolah di sini. Betul! Namun tak kiralah dimana mereka akan bersekolah, mereka tetap akan mewarisi hasil usaha generasi sebelumnya. Jadi, marilah kita tinggalkan sesuatu untuk mereka kembangkan untuk kebaikan generasi anak-anak mereka pula.

InsyaAllah harta yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti adalah harta yang kita sedekahkan dan anak yang soleh. Amin,amin,amin

Wednesday, April 1, 2009

Karnival Amal Mesra Berjaya Menarik Perhatian Masyarakat

Posted by karnival Amal Mesra at 8:32 AM 0 comments
Majlis Perasmian oleh Y.B Dr. Halimah Bt.Ali

Tahniah kepada semua AJK PIBG yang telah Berjaya menganjurkan Karnival Amal Mesra pada 28 Mac 2009 yang lepas. Belum pernah mana-mana sekolah di Daerah Klang ini menjalankan program besar-besaran seperti ini. Lebih manis lagi program ini di anjurkan oleh Sekolah Agama yang selama ini di pandang rendah oleh masyarakat hatta Masyarakat Islam sendiri.

Terimakasih tidak terhingga kepada Y.B Dr.Hjh Halimah Bt. Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang telah sudi Merasmikan Program Karnival ini. Juga kepada Ustaz Tn hj.Mohd Amir b. Hj. Danuri, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS. yang telah member sokongan penuh kepada program anjuran PIBG SRAI TAF ini.

Tidak lupa juga kepada badan-badan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor,Bahagian Pendidikan Islam, Agensi Anti Dadah Negara,MPK, Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Sains Negara Perpustakaan Negara,dan pihak Swasta seperti Telekom Malaysia Berhad, Bank Rakyat Berhad, EON,NGO, JKKK , RELA, JPA3, PDRM, Masjid-masjid dan surau,Kelab Kawalan Jauh-http://www.duniarc.com, mini zoo-http://www.parrotfarm.com.

Kepada guru-guru dan ibubapa serta nama-nama yang tidak di sebutkan di sini yang telah menghulurkan sumbangan wang ringgit dan barangan untuk Jualan Lelongan Amal, serta keringat yang di curahkan tak kira siang dan malam bagi menjayakan program ini kami ucapkan jutaan terima kasih.

Tanpa sokongan tuan-puan Karnival Amal Mesra SRAI Tengku Ampuan Fatimah ini tidak akan mencapai matlamatnya.
Pameran Pusat Sains Negara
Jualan Komputer terpakai
Pameran Aktiviti SRAI TAF
Gerai cenderahati
mini zoo
mini zoo
Para hakim pertandingan Nasyid
Antara Peserta pertandingan Nasyid
Suasana meriah di Hari Karnival
Orang elektrik kita yang amat penyabar, en Radiman
Rombongan dari Sekolah MITIB Jugra
Pameran dari pelajar UITM
Batek Chanting dari Kraftangan Malaysia
Perpustakaan Awam Selangor
Kaunter Urusetia yang menguruskan jualan kupon dan tiket konsert inteam
Orang kuat PIBG en. Samary bergambar bersama pelajar MITIB
Keriangan terpancar di muka anak-anak
Maskot Bank Rakyat
Pertandingan Mewarna
 

PIBG SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez