Alhamdulliah, Tahniah diucapkan kepada semua AJK Karnival Amal Mesra PIBG SRAI TAF Batu Belah yang telah menganjurkan program ini dengan dengan jayanya. Tak kira dari ibubapa ataupun dari guru-guru tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tuan-puan projek ini tak mungkin menjadi begitu hebat yang telah terbukti pada 28 Mac 2009 yang lalu. Segala kerisauan dan debaran terjawap dengan senyum lebar apabila melihat pengunjung yang tak putus-putus datang memberi sokongan kepada Karnival ini.
Walaubagaimana pun matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul dana PIBG bagi melaksanakan beberapa projek yang telah di rancang belum tercapai sepenuhnya. Hasil dari sumbangan ibubapa, kupon belian, tiket konsert inteam, jualan ruangan iklan dan sumbangan dari penaja meja makan malam serta sumbangan individu masih jauh dibawah sasaran yang ditetapkan.
Hanya 10% berjaya dikumpulkan setakat ini bagi sumbangan dari ibubapa RM100.00 bagi setiap orang murid bagi tujuan penyediaan locker bagi setiap murid di setiap kelas. Oleh itu sumbangan masih lagi dibuka dan ibubapa di rayu menghulurkan sumbangan untuk melihat projek ini dapat di lakasanakan dengan segera. Penyediaan locker bagi setiap murid ini adalah bertujuan meringankan bag-bag sekolah yang digalas anak-anak kita setiap hari. Dengan adanya kemudahan locker ini buku-buku teks pinjaman tak perlu dibawa pergi-balik setiap hari. Hanya buku-buku latihan sahaja yang dibawa pulang kerumah untuk menyiapkan kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran. Untuk makluman ibubapa penyediaan kemudahan locker untuk kegunaan murid-murid telah pun di laksanakan oleh SRAI seksyen 19 Shah Alam. Dimana kos penyediaannya di cari sendiri oleh PIBG.
Niatlah sumbangan ini sebagai sedekah dari tuan-puan untuk kebaikan anak-anak kita dan juga kebaikan anak-anak bangsa kita yang akan bersekolah pada masa akan datang. Setelah anak-anak kita tidak bersekolah di sini lagi kemudahan ini boleh digunakan oleh anak-anak kawan, jiran dan anak umat islam yang lain yang akan bersekolah di sini.
Sebenarnya SRAI Tengku Ampuan Fatimah banyak kekurangannya. Jika dilihat luarnya memanglah ia kelihatan gah dan cantik. Namun kemudahan untuk murid-murid belajar masing ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah kebangsaan bantuan penuh kerajaan. Perpustakaan yang di perlu di isi dengan buku-buku rujukan, makmal komputer yang kekurangan komputer. Setakat ini hanya terdapat 20 buah komputer yang diusahakan oleh AJK PIBG bagi kegunaan 40 orang murid untuk satu kelas. Anak-anak kita terpaksa berkongsi komputer untuk belajar.
Begitu juga dengan kemudahan padang yang kecil dan tak sempurna untuk anak-anak kita melakukan aktiviti kokurikulom dan bangunan surau. Surau sedia ada ditempatkan dibahagian bawah Blok B dan C tidak praktikal dan selesa.
Di Bawah ini saya ringkaskan keperluan sekolah yang perlu kita fikirkan bersama untuk keselesaan anak-anak kita belajar.
1) Makmal Komputer( kekurangan komputer)
2) Bangunan Surau
3) Padang permainan
4) Perpustakaan( buku tidak mencukupi)
5) Susur Pejalan kaki berbumbung
6) Tempat menunggu bas
7) Penghubung Blok B dan C
8) Pondok rehat murid-murid ( Keselesaan belajar di luar kelas)
9) Peralatan sukan
Akhir kata jika kita bekerjasama, pekara di atas dapat kita laksanakan dengan mudah dan kemudahan ini dapat digunakan oleh generasi yang akan datang. Secara tak langsung usaha kita ini akan meringankan beban bakal ibubapa yang akan menyekolahkan anak-anak mereka di sini.
Jika kita ingin melihat sekolah ini unggul dari segi akedemiknya mari kita kita mulakan dengan menampilkan keunggulan ibubapanya. Harus diingat kita ini hanyalah pewaris-pewaris yang satu hari nanti anak-anak kita yang mewarisinya dari kita. Marilah kita sama-sama mewariskan sesuatu yang dapat kita banggakan untuk dijaga oleh anak-anak kita suatu hari nanti.
Saya sedar tuan-puan akan berkata keturunan kita tak tentu lagi akan bersekolah di sini. Betul! Namun tak kiralah dimana mereka akan bersekolah, mereka tetap akan mewarisi hasil usaha generasi sebelumnya. Jadi, marilah kita tinggalkan sesuatu untuk mereka kembangkan untuk kebaikan generasi anak-anak mereka pula.
InsyaAllah harta yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti adalah harta yang kita sedekahkan dan anak yang soleh. Amin,amin,amin
0 comments on "Rally untuk melengkapkan prasarana Sekolah"
Post a Comment