SELAMAT DATANG KE BLOG PIBG SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH, BATU BELAH KLANG

Saturday, May 30, 2009

Seminar Pembangunan Pencambahan Ilmu Hala Tuju SRA

Posted by karnival Amal Mesra at 9:49 AM 0 comments
Seminar Pembangunan Pencambahan Ilmu Hala Tuju Sekolah Rendah Agama
Anjuran MPIBG Daerah Klang Bertempat di Sebuah Resort Di Morib telah dijalankan dengan jayanya pada 23~24 Mei 2009 yang lepas. Majlis turut di hadiri oleh Dr. Hjh Halimah Exco Pendidikan Negeri Selangor.

Gambar sepanjang seminar tersebut sila klik >> Seminar MPIBG






Monday, May 25, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SRAI TAF

Posted by karnival Amal Mesra at 9:18 AM 0 comments
PIBG akan mengadakan Sambutan Hari Guru SRAI Tengku Ampuan Fatimah
Pada : 29 Mei 2009 (Jumaat)
Tempat : Dataran Sekolah
masa : 7.00 malam

Sehubungan dengan itu AJK Karnival Amal Mesra dan Para Ibubapa Angkat murid tahun enam(program Mentor-mentee) sekeluarga di jemput turut serta meraikan majlis di atas.
Semoga kehadiran tuan/puan tidak di uzurkan

Tuesday, May 19, 2009

Kursus Program Mentor-Mentee

Posted by karnival Amal Mesra at 10:07 AM 0 comments
Kursus Program Mentor Mentee pada 17 Mei 2009 Ahad lepas bertujuan memberi pendedahan kepada mentor dengan ilmu dan pendekatan yang akan di gunakan semasa berhadapan dengan mentee. Kursus selama sehari ini di sampaikan oleh bapa pelajar SRAI TAF sendiri yang berkemahiran iaitu En. Fadhil. Mudah-mudahan tunjuk ajar yang di beri Sedikit sebanyak dapat membantu dalam perhubungan dengan pelajar.

Program ini di adakan khusus untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan 9 tahun ini. Para mentor yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan ibu bapa dan guru-guru akan di beri anak angkat(mentee) seramai 3-5 orang murid tahun 6 setiap seorang. Walau bagaimana pun tujuan program ini bukan semata-mata meningkatkan pencapaian akademik murid-murid tahun 6, yang lebih penting pemantapan jati diri mereka.




Thursday, April 30, 2009

Salah Faham Fungsi PIBG

Posted by karnival Amal Mesra at 4:04 AM 0 comments
Kebanyakan kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Namun masih ramai antara kita yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG ini. Akibat tidak faham fungsi PIBG ini maka ada kalanya PIBG dijadikan medan perdebatan di kalangan ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi akademik dan moral anak-anak jagaan kita.

Justeru itu demi kebaikan anak-anak jagaan kita (Ibu Bapa) dan anak-anak didikan kita (Guru) adalah diharapkan semua ahli PIBG memahami matlamat asal penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam suasana yang penuh harmoni.

Berikut adalah sebahagian dari pekara asas yang perlu difahami oleh semua ahli PIBG dari segi fungsi dan batasan kuasa :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

MATLAMAT PIBG

1. Maksud PIBG ialah :
a) Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya
d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

BATASAN
PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

PIBG tidak boleh melibatkan dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan profesyen dan syarat-syarat perkhidmatan para guru sekolah berkenaan.

PIBG tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mekanisma atau instrumen bagi tujuan menyelesaikan masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan diantara dirinya dengan Pengetua/Guru Besar atau staf sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak membabitkan persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

posting asal: http://waghih.blogspot.com

Sumber Rujukan :
http://www.semukhsin.edu.my/pibg-rpc.htm
http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_105_3883_735.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~istilah/perlembagaan.htm

Thursday, April 23, 2009

Majlis Permuafakatan IbuBapa dan Pelancaran Program Mentor-Mentee

Posted by karnival Amal Mesra at 7:34 AM 0 comments
Seperti yang dinyatakan di dalam surat dari PIBG SRAI TAF yang telah pun diedarkan ke ibu bapa melalui anak masing-masing, di ketetapan berikut :

Majlis Permuafakatan IbuBapa dan Pelancaran Program Mentor-Mentee

Tarikh: 25 April 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang

Matlamat Utama Program ini adalah :

i) Menjalin hubungan dan persefahaman yang erat antara PIBG dan ibu bapa/penjaga
ii) Mewujudkan suasana permuafakatan antara PIBG dan ibu bapa/penjaga
iii) Berkongsi maklumat tentang rancangan program PIBG bagi tahun 2009
iv) Melancarkan program baru iaitu Program Mentor-mentee di kalangan ibu bapa bersama murid-murid tahun 6 ( membantu meningkatkan kecemerlangan akademik)
v) Taklimat ringkas pasca Karnival Amal Mesra SRAITAF yang lalu

Oleh itu kehadiran ibu bapa/penjaga amat lah di tuntut bagi menjayakan program ini. Semoga dengan kehadiran ibu bapa program yang di rancang dapat dijalankan dengan jayanya.

Masa depan anak-anak kita begitu berharga dan ibu bapa adalah pendokongnya. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberi rahmat dan permudahkan segala urusan yang telah di rancang.

Segala keperihatinan dan kerjasama yang padu daripada pihak ibu bapa amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Nota: Kehadiran murid-murid tahun 6 dalam Program Mentor Mentee adalah diwajibkan. Sekiranya tidak hadir, sila berikan surat tunjuk sebab kepada guru kelas.

Monday, April 6, 2009

Rally untuk melengkapkan prasarana Sekolah

Posted by karnival Amal Mesra at 5:40 PM 0 comments


Alhamdulliah, Tahniah diucapkan kepada semua AJK Karnival Amal Mesra PIBG SRAI TAF Batu Belah yang telah menganjurkan program ini dengan dengan jayanya. Tak kira dari ibubapa ataupun dari guru-guru tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tuan-puan projek ini tak mungkin menjadi begitu hebat yang telah terbukti pada 28 Mac 2009 yang lalu. Segala kerisauan dan debaran terjawap dengan senyum lebar apabila melihat pengunjung yang tak putus-putus datang memberi sokongan kepada Karnival ini.

Walaubagaimana pun matlamat Karnival ini adalah untuk mengumpul dana PIBG bagi melaksanakan beberapa projek yang telah di rancang belum tercapai sepenuhnya. Hasil dari sumbangan ibubapa, kupon belian, tiket konsert inteam, jualan ruangan iklan dan sumbangan dari penaja meja makan malam serta sumbangan individu masih jauh dibawah sasaran yang ditetapkan.

Hanya 10% berjaya dikumpulkan setakat ini bagi sumbangan dari ibubapa RM100.00 bagi setiap orang murid bagi tujuan penyediaan locker bagi setiap murid di setiap kelas. Oleh itu sumbangan masih lagi dibuka dan ibubapa di rayu menghulurkan sumbangan untuk melihat projek ini dapat di lakasanakan dengan segera. Penyediaan locker bagi setiap murid ini adalah bertujuan meringankan bag-bag sekolah yang digalas anak-anak kita setiap hari. Dengan adanya kemudahan locker ini buku-buku teks pinjaman tak perlu dibawa pergi-balik setiap hari. Hanya buku-buku latihan sahaja yang dibawa pulang kerumah untuk menyiapkan kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran. Untuk makluman ibubapa penyediaan kemudahan locker untuk kegunaan murid-murid telah pun di laksanakan oleh SRAI seksyen 19 Shah Alam. Dimana kos penyediaannya di cari sendiri oleh PIBG.

Niatlah sumbangan ini sebagai sedekah dari tuan-puan untuk kebaikan anak-anak kita dan juga kebaikan anak-anak bangsa kita yang akan bersekolah pada masa akan datang. Setelah anak-anak kita tidak bersekolah di sini lagi kemudahan ini boleh digunakan oleh anak-anak kawan, jiran dan anak umat islam yang lain yang akan bersekolah di sini.

Sebenarnya SRAI Tengku Ampuan Fatimah banyak kekurangannya. Jika dilihat luarnya memanglah ia kelihatan gah dan cantik. Namun kemudahan untuk murid-murid belajar masing ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah kebangsaan bantuan penuh kerajaan. Perpustakaan yang di perlu di isi dengan buku-buku rujukan, makmal komputer yang kekurangan komputer. Setakat ini hanya terdapat 20 buah komputer yang diusahakan oleh AJK PIBG bagi kegunaan 40 orang murid untuk satu kelas. Anak-anak kita terpaksa berkongsi komputer untuk belajar.

Begitu juga dengan kemudahan padang yang kecil dan tak sempurna untuk anak-anak kita melakukan aktiviti kokurikulom dan bangunan surau. Surau sedia ada ditempatkan dibahagian bawah Blok B dan C tidak praktikal dan selesa.





Di Bawah ini saya ringkaskan keperluan sekolah yang perlu kita fikirkan bersama untuk keselesaan anak-anak kita belajar.
1) Makmal Komputer( kekurangan komputer)
2) Bangunan Surau
3) Padang permainan
4) Perpustakaan( buku tidak mencukupi)
5) Susur Pejalan kaki berbumbung
6) Tempat menunggu bas
7) Penghubung Blok B dan C
8) Pondok rehat murid-murid ( Keselesaan belajar di luar kelas)
9) Peralatan sukan

Akhir kata jika kita bekerjasama, pekara di atas dapat kita laksanakan dengan mudah dan kemudahan ini dapat digunakan oleh generasi yang akan datang. Secara tak langsung usaha kita ini akan meringankan beban bakal ibubapa yang akan menyekolahkan anak-anak mereka di sini.

Jika kita ingin melihat sekolah ini unggul dari segi akedemiknya mari kita kita mulakan dengan menampilkan keunggulan ibubapanya. Harus diingat kita ini hanyalah pewaris-pewaris yang satu hari nanti anak-anak kita yang mewarisinya dari kita. Marilah kita sama-sama mewariskan sesuatu yang dapat kita banggakan untuk dijaga oleh anak-anak kita suatu hari nanti.

Saya sedar tuan-puan akan berkata keturunan kita tak tentu lagi akan bersekolah di sini. Betul! Namun tak kiralah dimana mereka akan bersekolah, mereka tetap akan mewarisi hasil usaha generasi sebelumnya. Jadi, marilah kita tinggalkan sesuatu untuk mereka kembangkan untuk kebaikan generasi anak-anak mereka pula.

InsyaAllah harta yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti adalah harta yang kita sedekahkan dan anak yang soleh. Amin,amin,amin

Wednesday, April 1, 2009

Karnival Amal Mesra Berjaya Menarik Perhatian Masyarakat

Posted by karnival Amal Mesra at 8:32 AM 0 comments
Majlis Perasmian oleh Y.B Dr. Halimah Bt.Ali

Tahniah kepada semua AJK PIBG yang telah Berjaya menganjurkan Karnival Amal Mesra pada 28 Mac 2009 yang lepas. Belum pernah mana-mana sekolah di Daerah Klang ini menjalankan program besar-besaran seperti ini. Lebih manis lagi program ini di anjurkan oleh Sekolah Agama yang selama ini di pandang rendah oleh masyarakat hatta Masyarakat Islam sendiri.

Terimakasih tidak terhingga kepada Y.B Dr.Hjh Halimah Bt. Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang telah sudi Merasmikan Program Karnival ini. Juga kepada Ustaz Tn hj.Mohd Amir b. Hj. Danuri, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS. yang telah member sokongan penuh kepada program anjuran PIBG SRAI TAF ini.

Tidak lupa juga kepada badan-badan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor,Bahagian Pendidikan Islam, Agensi Anti Dadah Negara,MPK, Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Sains Negara Perpustakaan Negara,dan pihak Swasta seperti Telekom Malaysia Berhad, Bank Rakyat Berhad, EON,NGO, JKKK , RELA, JPA3, PDRM, Masjid-masjid dan surau,Kelab Kawalan Jauh-http://www.duniarc.com, mini zoo-http://www.parrotfarm.com.

Kepada guru-guru dan ibubapa serta nama-nama yang tidak di sebutkan di sini yang telah menghulurkan sumbangan wang ringgit dan barangan untuk Jualan Lelongan Amal, serta keringat yang di curahkan tak kira siang dan malam bagi menjayakan program ini kami ucapkan jutaan terima kasih.

Tanpa sokongan tuan-puan Karnival Amal Mesra SRAI Tengku Ampuan Fatimah ini tidak akan mencapai matlamatnya.
Pameran Pusat Sains Negara
Jualan Komputer terpakai
Pameran Aktiviti SRAI TAF
Gerai cenderahati
mini zoo
mini zoo
Para hakim pertandingan Nasyid
Antara Peserta pertandingan Nasyid
Suasana meriah di Hari Karnival
Orang elektrik kita yang amat penyabar, en Radiman
Rombongan dari Sekolah MITIB Jugra
Pameran dari pelajar UITM
Batek Chanting dari Kraftangan Malaysia
Perpustakaan Awam Selangor
Kaunter Urusetia yang menguruskan jualan kupon dan tiket konsert inteam
Orang kuat PIBG en. Samary bergambar bersama pelajar MITIB
Keriangan terpancar di muka anak-anak
Maskot Bank Rakyat
Pertandingan Mewarna

Wednesday, March 25, 2009

cabutan bertuah

Posted by karnival Amal Mesra at 10:58 AM 0 comments
Sebahagian hadiah cabutan Bertuah

Basikal untuk cabutan bertuah

Salam semua pengunjung,

Cabutan bertuah akan di adakan pada sebelah siang dan malam

Sebelah siang cabutan bertuah akan di beri oleh pihak Telekom Malaysia dan Bank Rakyat. Hadiah menarik menanti anda yang berurusan di Gerai Pameran mereka.

Manakala sebelah malam pula cabutan bertuah akan diadakan di semasa Konsert inteam berlansung. Barangan seperti hamper, Barangan elektrik, basikal serta Grand Prize akan menjadi milik pengunjung konsert yang bertuah.

Sila pastikan anda telah memiliki tiket konsert inteam. Tiket konsert serta kupon boleh di beli di Kaunter Urus setia Karnival.

Tuesday, March 24, 2009

Mini Zoo

Posted by karnival Amal Mesra at 11:13 AM 0 comments

Wednesday, March 18, 2009

Carnival Amal Mesra

Posted by karnival Amal Mesra at 9:13 AM 0 comments

Background
Carnival Amal Mesra Sek Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (SRAI TAF) is initiated by Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) collaborates with Bank Rakyat and Telekom Malaysia..
Date
28th March 2009
Venue
Dataran, Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah, Klang

Purpose
1. To increase PIBG’s fund for physical development (e.g. building, student’s one stop centre, locker for each student, library and etc) and also for learning improvement activities uses.
2. To improve relationship between teachers and community.
3. Technology exposure for teacher and public.
Types of activity
1. Talk by angkasawan Negara about “Keajaiban Angkasa” about 30-40 minutes@ 10:00am-10:40am only
2. Pelancaran Tabung Palestin by Dr Halimah Mohd Ali, Exco Negeri Selangor.
3. Pameran by Pusat Sains Negara, Agensi Pelancongan Angkasa, Mini Zoo, Permainan Kawalan Jauh, IKS, EON, Fakulti Pendidikan Seni UITM student, Health Check and etc.
4. Orphan donation by Bank Rakyat
5. Colouring competition
6. Gerai Jualan
7. School creativity exhibition.
8. Jualan meja amal
9. Nasyid Kumpulan Inteam
10. Lucky Draw
11. Lelong amal.
12. and more.

Thursday, March 5, 2009

Iklankan produk anda di buku panduan karnival

Posted by karnival Amal Mesra at 6:55 AM 0 comments
Pihak Urusetia Karnival ingin menawarkan tempahan ruang iklan di dalam buku panduan tapak karnival. Buku berperanan sebagai sumber maklumat pengunjung karnival nanti. Didalam buku ini mengandungi aturcara program, penghargaan kepada penaja-penaja Karnival, serta lokasi dan aktiviti yang akan dijalankan. Buku ini akan di beri secara percuma kepada pengunjung kernival .

Bagi pihak yang berminat boleh lah berhubung terus ke urursetia Karnival.
BORANG PENGIKLANAN DI BUKU PANDUAN KARNIVAL AMAL MESRA

Nota: Bahan untuk iklan hendaklah disertakan bersama borang ini . Pihak urusetia akan membuat perubahan mengikut jenis dan saiz iklan yang dipilih.
Nama ……………………………………………………………………

Nama Syarikat………………………………………………………….

Jenis iklan……………………………………………………………….

Dengan berbesar hatinya saya seperti butiran diri di atas, BERSETUJU untuk
menghulurkan sumbangan kepada penganjuran KARNIVAL AMAL MESRA SRAI TAF BATU BELAH untuk tujuan pengiklanan seperti yang di persetujui.
Bersama-sama ini disertakan wang tunai/cek/kiriman wang pos/draf bank bernombor ………………..berjumlah RM……………..RINGGIT
MALAYSIA
………………………………………………………………………………………………….
atas nama PIBG SRA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH
Tandatangan:……………………………… Cop Rasmi:…………………………

Tarikh:…………………………………….

Pengesahan Urusetia:

Nama:…………………………………..

Tandatangan:…………………………..

Tarikh:…………………………………


GAMBARAN IKLAN YANG AKAN DI PAPARKAN DI DALAM BUKU PANDUAN KARNIVAL



Friday, February 27, 2009

Lawatan Promosi Karnival Amal Mesra ke 9 daerah di Selangor

Posted by karnival Amal Mesra at 5:29 AM 0 comments
Lawatan Promosi Karnival Amal Mesra ke 9 daerah di Selangor
Tarikh:23 februari 2009
Lawatan di ketua oleh Pengerusi PIBG En. Samary dan dua orang AJK PIBG iaitu Ustaz Mohd.Dom dan En. Zul Hadi.

Sempena penganjuran Karnival Amal Mesra SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah ini pihak AJK Karnival telah mengambil langkah proaktif dengan membuat kunjungan kesemua Pejabat Agama Islam Daerah JAIS Unit Pendidikan di setiap daerah di Selangor. Kunjungan ini di adakan bagi tujuan promosi Karnival ini dengan membuat hebahan dari ke setiap daerah. Flyers dan pamphalets turut di serahkan untuk edaran ke setiap Sekolah aliran agama di bawah pentabiran JAIS.

Disamping itu nazir setiap daerah diberi penerangan terperinci mengenai Karnival Amal Mesra yang akan di jalankan dan tujuan ianya diadakan untuk mengumpul dana bagi memperbaiki dan menambah pasarana infrastruktur sekolah

Alhamdulillah.., setiap nazir yang kami temui memahami konsep yang yang di rancang dan memberi sokongan penuh dan mengucap syabas di atas usaha murni ini. Konsep tolong-menolong di antara sekolah-sekolah agama tak kira dari SRAI,SRA dan KAFA mampu meringankan beban bagi apa jua keperluan semasa sekolah.



PAID pertama kami singgahi adalah PAID Kuala Langat

Bersama Nazir Daerah Sepang

Surat jemputan untuk setiap sekolah Agama di serahkan kepada wakil nazir Daerah Kajang

Penyerahan surat jemputan untuk sekolah-sekolah agama Daerah Gombak

Ustaz Mohd.Dom menyerahkan surat untuk sekolah-sekolah agama Daerah Hulu Selangor

Penyerahan surat untuk sekolah-sekolah Agama Daearah Kuala Selangor

Wednesday, February 25, 2009

Tujuan Karnival Amal Mesra

Posted by karnival Amal Mesra at 5:29 AM 0 comments
PENGENALAN PROGRAM

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pembangunan sekolah dan meningkatkan

kecemerlangan modal insan. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berdaya saing dalam semua aspek termasuk sahsiah lisaniah mahupun ilmiah fi kulli zaman khususnya di SRAI TAF ini. Pelbagai aktiviti dan agenda telah dan akan dirancangkan begi mencapai matlamat ini.

Penganjuran program ini buat julung kalinya merupakan suatu konsep atau pendekatan yang mampu memberi peluang kepada warga SRAI TAF mengenali, mendekati dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling, merapatkan hubungan antara masyarakat dan institusi pendidikan, mewujudkan interaksi dan kemuafakatan antara warga sekolah dengan agensi kerajaan, badan swasta, pemimpin masyarakat, mengadaptasi pendekatan yang berteraskan ISLAM itu indah dan mengeratkan Ukhuwah ISLAMIAH tanpa mengira pangkat dan kedudukan.


OBJEKTIF

Objektif utama program Hari Terbuka dan Malam Amal SRAI TAF adalah untuk mengumpul dana PIBG demi meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan, menambahbaikan prasarana sekolah, memperkasa pembangunan modal insan (pelajar dan guru)

KONSEP

Antara intipati program ini adalah

Hari Terbuka Sekolah :-

Pusat pameran, gerai jualan, kaunter bayaran saman trafik (separuh harga), Majlis Perbandaran Klang, derma darah, teknologi, promosi produk barangan bumiputera, persembahan kokurikulum daripada pelajar , pameran hasil kreativiti pelajar, Jualan Amal dan lain-lain.

Malam Amal :-

Makan malam sambil beramal (jualan meja dan tiket), berhibur bersama kumpulan nasyid In Team. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Exco kerajaan negeri Selangor YB Dr Hjh Halimah Bt. Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. ADUN N42 Meru, YB Tuan Dr Abdul Rani bin Osman serta beberapa tetamu kehormat yang lain. Majlis diselang-seli dengan acara cabutan bertuah (motosikal, basikal, peti sejuk, mesin basuh, hamper dan lain-lain).

SASARAN DANA

Pihak PIBG SRAI TAF telah mensasarkan dana melalui:-

Penjualan tapak-tapak jualan/pameran iaitu berharga RM50.00 setiap satu

Penjualan meja berharga

ØVVIP berharga RM5,000.00 setiap satu

VIP berharga RM 3,000.00 setiap satu

biasa berharga RM1,000.00 setiap satu

Sumbangan dan penajaan daripada syarikat-syarikat swasta serta dermawan.

Tiket konsert nasyid In Team sebanyak RM 12.00 (dewasa) dan RM8.00 (kanak-kanak) setiap seorang.

Kutipan dari acara ‘jualan amal’.

Derma ikhlas daripada pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.

PENUTUP

Harapan kami semoga program yang julung kali diadakan ini akan memberi impak yang besar kepada peningkatan pengumpulan dana PIGB Srai Tengku Ampuan Fatimah. Hasil kutipan dana ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk menjalankan penambahbaikan seperti apa yang dirancangkan. Senarai dibawah menyenaraikan perkara yanga akan dijalankan oleh pihak PIBG.

FASILITI YANG DIPERLUKAN OLEH SEKOLAH

PERKARA

ANGGARAN BAJET

Tempat menunggu berbumbung

RM 20 000

Susur gajah

RM 10 000

Kelengkapan Pusat Sumber

RM 50 000

Laluan penghubung antara bangunan ( Blok B dan C)

RM 40 000

Program Bina Insan

- Murid

- Guru

RM 20 000

RM 30 000

JUMLAH

RM 170 000

Segala sumbangan yang diterima kami amat menghargai, semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan yang telah disalurkan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun PIBG seperti dibawah:-

NAMA AKAUN

NO. AKAUN

PIBG SRA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH

12010010074791


PIBG SRAI TAF BB

Posted by karnival Amal Mesra at 2:16 AM 1 comments
welcome
 

PIBG SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez